Khamis, 13 Oktober 2011

Produk APPLE Yang Terkenal Di Pasaran...

Assalamulaikum u all...


Oke! hari ini saya nak cerita tentang CEO APPLE... Korang Taw xsape COE APPLE, entah2 kowg taw guna jer encet APPLe, Latop APPLe, tpi orang Yang Mencipta APPLE 2 korang xtw... Mcm mne nie, Baik xpah gune, huuuu! Nak bajet bagus lak dh... Sory klau ada Yang terasa 2... gUrau je ye... Maybe ada yang kenal kot... Kepada Yang kenal 2 tahniah ye... COngrulatin! Anda diberi hadiah berniali 25 cen, hiii ^-^
Klau ada yang xkenal 2, Nie lah Steve JObs...

Steven Jobs


Ni adalah cikit tentang latar belakang beliau... nak lebih Lajut Kowg Masuk jer Dkat wikipedia, wajib ada, terkenal sangat2 steven Jobs nie... 

Steve Jobs dilahirkan di luar nikah di San Francisco, ibunya yang merupakan warganegara Amerika Syarikat dan Abdulfattah John Jandali, bapanya seorang Arab muslim yang berkebangsaan Syria, dengan kedua-dua mereka itu merupakan penuntut siswazah ketika itu. Jobs diserahkan sebagai anak angkat kepada Paul dan Clara (née Hagopian) Jobs dari Mountain View, Kaunti Santa Clara, California.Mereka memberinya nama Steven Paul Jobs...


Ibu bapa kandungnya kemudian berkahwin dan melahirkan adik perempuan Jobs, iaitu penulis novel Mona Simpson, yang Jobs tidak pernah bertemu sehingga mereka dewasa.  Perkahwinan ibu bapa kandungnya berakhir dengan penceraian beberapa tahun kemudian.Job tidak suka mendengar Paul dan Clara Jobs digelar "ibu bapa angkat" dan merujuk kepada mereka sebagai ibu bapanya yang tunggal.


Banyak jasa die dalam APPLe... Steven Jobs dibatu oleh rakanya,steven woznik dan lain2, mereka membangukan dan memasarkan produk APPLE ke pasaran... :)


Banyak jawatan yang Steven Jobs ceburi... Mybe banyak juga jasa steven jobs dalam penghasilan produk APPLE yang berkembang dan tak pernah decline... Tahniah Steven JObs...


Tidak Lama kemudian, Pada 24 Ogos 2011, Jobs mengumumkan perletakan jawatannya sebagai KPE Apple dan bakal digantikan oleh Tim Cook. Atas permintaan beliau, Jobs dilantik sebagai Pengerusi lembaga pengarah Apple.


Pada 5 Oktober 2011, Apple mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun... Steven Jobs Meninggal ketika usia yang muda... sedih sangat2...

Yang menyebabkan saya tertarik nak post tentang ceter ni, sebab saya terfikir, banyak dah orang yang banyak berjasa untuk negara dah meninggalkan kita... korang perasan x? 

Selepas nie siapa lah pulak yang akan hasilkan produk APPLE, mintak2 lah kalau ada yang ingin hasilkan produk APPLE berkualiti mcm steven jobs hasilkan pon okeh dah... Amin!

Kat sine adalah beberapa produk Keluaran APPLE... 







Ini je produk yang saya tahu... saya rase mesti banyak lagi Produk keluaran APPLE... 

Apa apa pun, yang meninggal tetap meninggal, kita ynag masih ada di dunia yang nyata ni PERLU teruskan hidup dan sucess dalam hidup orght! Gud luck u all... :)

Mohon Maf jika ada post saya yang tersilap information or tersilap cakap ye... setiap insan tidak pernah perfect kan... :)

That all my post tody... Insallah, next time, i post again oke... Daa...
Wassalam, SEkian ^_^








Suke? Like Je :)

Isnin, 10 Oktober 2011

Kuasa Allah SWT

Assalamulaikum... >_<

Indahnya Bulan Di Malam Hari...
Tanpa Mu Hidup Ini TIdak B'erti.. 
Hwaaaa haa! 
Ayat Nak sedap, huu... 
Saje je 2... Wat post nie buka nak berjiwang... 
Tapi Nak g taw satu Kuasa Allah SWT...
Allah Maha PEncipta Sekelian alam..
Kita Yang Merancang, TUhan Yang menentukan... 

Nama Allah Jelas terlihat Disebelah awan....

Suke? Like Je :)

Post Yang Ringkas ('-"!)

PADA SUATU HARI, SEORANG IBU MENYURUH ANAKNYA YANG BERUMUR 5TAHUN PERGI MENGAMBIL SERAI

Gambar Hiasan Sahaja


IBU:Aiman,bleh tlg mak jap?
                                               ANAK:Toyong apa maa?
                                        IBU: Pergi mintak ayh serai 4btg kat blakang tuu..
                                                  ANAK:Oyait maa..    
                                       

Gambar Hiasan Sahaja


\                                        ANAK:paa,paa..ibu nak mnta ni.
                                                 AYAH:Nak mnta pe??
                                       ANAK:Maa nak mnta cerai 4kali laa
                                                  AYAH:Ya Allah! MINTA CERAI??




Gambar Hiasan Sahaja














Suke? Like Je :)

Sabtu, 8 Oktober 2011

Kisah Teladan

Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah..Ikuti kisah yang saya dapat ini daripada seseorang yang mengemelkan saya..Kredit kepadanya untuk cerita ini..(^^,)...Diharap cerita ini dapat menjadi teladan kepada semua...


Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.


Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.



Sama-samalah kita ambik iktibar daripada cerita ini ye..Aku harap korang sudi la share kan cerita ini supaya lebih ramai lagi yang tahu..Moga kita diberi kebaikan olehNya terutama di bulan puasa ini..Amin...




Suke? Like Je :)

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kisah Seorang Kekasih Dengan Buah Hatinya

Bf : Kita main satu game nak tak
Gf : Game apa ?
Bf : Mcam ni , esok awak tak payah contact saya . Mksudnya tak payah text call or apa apa yng berkaitan lah . Saya pun buat mcam tuu dkat awak okay ? Kita tgok spe menang .
Gf : Okay !







Esoknya , si Gf terpksa lah tahan rindu dkat Bf . Mengenangkan yang ni satu permintaan , si Gf 
cuba kuatkan hati.










Keesokkan harinya , si Gf call si Bf . Tapi tak dijwab . So si Gf pegi dkat ruma Bf dia . Di luar ruma ,rmai orng . Dia mula rasa pelik then trus msok ke ruma . Sekujur tubuh terbaring kaku di tnga ruma . Dan tubuh tuu adalah jasad si Bf yng dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF .



Surat yng bertulis :



Sayang , smlam awak dpat hdup sehari tnpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hdup bhagia tnpa saya . ♥






Suke? Like Je :)

Selasa, 4 Oktober 2011

Kita Saudara Seisalam

Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Di sudut agama pun gaya tak berkat.



                                         Tudung jarang baju nipis,
                      Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
                     Mata orang terbeliak, kita membengis,
                        Bila kena kutuk, kenapa menangis?.



                                                                                      






                                                   Lengan pendek blaus gantung,
                           Jeans ketat melekat di punggung,
                        Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
                       Agama tak suruh berbungkus macam pocong








                                    orang melayu comel dan manis mukanya
                      agama dipegangnya agama Islam namanya
                      bukanlaa saya nk mrendah2 kan anda semua
                    cuma saya sayang saudara2 seIslam saya =)))







Suke? Like Je :)

Islam Yang Indah


TUJUH KALIMAH YANG HARUS DIBIASAKAN.



1.Bismillahirrahmanirrahiim :) 
Setiap hendak melakukan sesuatu.



2.Alhamdulillah :)
Setiap habis melakukan sesuatu.


3.Astaghfirullah :)
                                                  jika melakukan sesuatu yg buruk.


4.Insya Allah :)
                           jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.


5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
                        bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat 
                                                                   hal yang buruk.


6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
                                              jika melihat/menghadapi musibah.


7.Lailaha illallah :)
                                               bacalah siang & malam sebanyak2nya.



Rasulullah bersabda :)


"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja
 dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... 



                 

                                 

           



Suke? Like Je :)

Ahad, 2 Oktober 2011

Santai Bersama Konvo POLIMAS

Assalamulaikum u All 


Mcm ne ngn hari ini.. Okeh? Mybe ada y tengah bahagia ni... Klau Time bahagia, tersyum je.. haa! ^__^ 
Kalau time merana, muncung 24 inci, huu.. Gurau je, jgn marah 
Okeh, rasenye dh jauh mengarut ni, hii... Sambung kepada tujuan ape saya nak updata blog hari nie... Korang ingt tak ada post yang tergendala 2 bajet, haa...Hari ini saya nak sambung post hari 2... Cerita xbanyak mana pun, gambar je yang banyak... Tapi bukan gambar orang ambil konvo, just gambar kami yang jadi model sementara >_< haa.. Selamat menonton gamabr yang xseberapa ni... 





















Rama-rama POLIMAS 



Sempoi 














Diawang-awangan 












dari kanan hidayah, kamaliah, kwn PA (lecture), Puan Aziah PA DPR 3c, Ninie, Saibh n Has ^_^ 




                                                                         Jentere ajaib Haa


That's all my picture...  Mcm mane? Berpuase hati x? Klau xpuas hati mai cek mai cek mai kita ke Negeri Kedah, huuu.. Terbawak-bawak lak lgu Kedah, hee... 


Okeh! Time Kasih...  Klau suke jagan malu2 nak LIKE ye! hee... 
Orght, See u next post... 
Suke? Like Je :)